Berita

Pengakap wanita jangan gentar hadapi cabaran

DAYANG PUNGUT (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada Siti Aminah pada Program Pesona Remaja Wanita di SMK Mutiara di sini baru-baru ini.
- Diterbit 22 November 2019 5:22 AM MYT

Oleh MD. KHAIRUL AZAD YUNUS

LABUAN – Ahli Pengakap Wanita diseru agar tidak gentar berhadapan dengan sebarang cabaran dan rintangan semasa menjalankan aktiviti pasukan beruniform itu.

Naib Yang Dipertua 2 Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Labuan, Datin Dayang Pungut Abdul Ja­lil berkata, anggota pasukan itu perlu mengambil peluang menyertai semua aktiviti yang dianjurkan untuk menimba banyak pengalaman melalui dunia pengakap.

“Kita sebagai pengakap wa­nita boleh bersaing bersama untuk mendapatkan rambu biru, rambu hijau, rambu kuning dan seterusnya Pengakap Raja.

“Dengan cabaran dan minat, kami melakukan membuat semua aktiviti bersama-sama Pengakap lelaki malah pernah berlayar de­ngan mengikuti jambori di Brunei, Selangor dan Sabah,” katanya ketika merasmikan Program Pesona Remaja Wa­nita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara di sini baru-baru ini.

Program Pesona Remaja Wanita melibatkan seramai 123 anggota Pengakap Wa­nita berusia antara 10 tahun sehingga 16 tahun dari tujuh buah sekolah rendah dan empat sekolah menengah di seluruh Labuan.

Hadir sama Penaung BP Guild Labuan, Datin Seri Norsiah Abdullah; Ketua Pesuruhjaya Negeri Pengakap Labuan, Hong Heng Chee dan Peno­long Kanan Pentadbiran SMK Mutiara, Siti Aminah Zakaria.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas