Berita

Dua mangsa kebakaran pindah ke rumah transit hari ini

CHEE HEAN (kanan) dan Ismail (tengah) menerima surat tawaran rumah transit Seri Melaka pagi tadi.
- Diterbit 18 Jun 2020 1:26 PM MYT

DUA daripada tiga mangsa kebakaran di Blok 10, Flat Seri Pulau Pinang Lorong Ikan Emas, Taman Ikan Emas Kuala Lumpur pada 12 Jun lalu sudah dipindahkan ke rumah transit Seri Melaka pagi tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, tarikh kuatkuasa tawaran sewa rumah tersebut adalah pada 15 Jun.

Ujarnya, mangsa terlibat adalah, Ng Chee Heem yang mendiami aras 2 blok berkenaan dan keluarga Siti Salmah Ismail (aras 1).

“Siti Salmah diwakili bapanya Ismail Ahmad. Kesemua mereka akan mendiami rumah sewa berkenaan selama enam bulan atau sehingga rumah asal telah siap dibaikpulih dan dikecualikan sewa selama tiga bulan.

“Penyerahan tawaran sewa rumah di Seri Melaka itu dilakukan pagi tadi,” katanya kepada Wilayahku hari ini.

Pagi tadi, Portal Wilayahku melaporkan mangsa kebakaran memohon diberikan penempatan semasa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) melawat dan menyerahkan sumbangan semalam. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas