Agama

Dr. Ahmad Raysuni jadi rujukan pelaksanaan maqasid syariah

MUJAHID
MUJAHID menyambut ketibaan Sheikh Ahmad al- Raysuni bagi menyampaikan syarahan berkaitan maqasid syariah di Putrajaya baru-baru ini. Turut kelihatan Mohd. Naim (kanan).
- Diterbit 10 Januari 2020 6:56 AM MYT

KETUA Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Prof. Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni merupakan tokoh yang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan antarabangsa dalam melaksanakan pentadbiran berteraskan maqasid syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, pemikiran maqasid syariah yang dibawa tokoh itu juga selari dengan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diangkat sebagai dasar dalam pentadbiran kerajaan ketika ini.

“Atas faktor itu, saya rasa agensi pentadbiran Islam perlu mengambil peluang mendengar pandangan serta pendapat beliau secara akademik mengenai
maqasid syariah.

“Saya ucap terima kasih kepada Unisza (Universiti Sultan Zainal Abidin) kerana baru-baru ini melantik beliau sebagai profesor pelawat, bermakna setahun sekali beliau akan datang ke Malaysia, membolehkan kita menjadikannya rujukan antarabangsa dalam melaksanakan konsep maqasid syariah dalam pentadbiran hari ini,” katanya di Putrajaya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program diskusi bertajuk ‘Maqasid Syariah Dalam Sistem Kehakiman’ bersama Sheikh Dr. Ahmad
Raysuni anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Dr. Mohd. Naim Mokhtar.

Mujahid berkata, dalam konteks undang-undang Islam, tokoh kelahiran Maghribi itu juga menekankan tentang kepentingan meletakkan kemaslahatan dan maqasid lebih tinggi dari sekadar hukum fekah dalam langkah atau keputusan yang diambil.

“Ini satu yang sangat penting dalam kerangka menjadikan mahkamah syariah lebih berwibawa dalam menggunakan maqasid sebagai landasan berfikir dan kaedah menghukum,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas