BERITA mengejutkan ramai apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi pemimpin dunia terbaru yang disahkan positif Covid-19.
Malah isterinya, Melania turut disahkan positif virus maut itu.
Trump mengesahkan mengenai dijangkiti COVID-19 melalui akaun Twitternya sebentar tadi.
Dalam ciapan Twitter itu, Trump berkata,”Malam ini, @Flotus (Melania) dan saya diuji positif COVID-19. Kami akan menjalani proses kuarantin dan rawatan segera. Kita akan melaluinya bersama.”

Trump sebelum ini memaklumkan beliau dan Melania terpaksa dikuarantin selepas seorang pembantu peribadinya, Hope Hicks disahkan positif COVID-19.
Sama-samalah kita mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) agar penularan virus ini dapat dihapuskan. – WILAYAHKU