Berita

Tun Faisal dilantik Ahli Lembaga Pengarah PPj

- Diterbit 2 Oktober 2020 7:20 AM MYT

TIMBALAN Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Putrajaya (PPj) berkuatkuasa 1 September 2020.

Menurut surat pekeliling PPj bertarikh 24 September, pelantikan tersebut mewakili sektor swasta sehingga 30 Jun 2022.

“Ia sejajar dengan Akta Perbadaann Putrajaya 1995 (AKTA 536),” kata kenyataan itu.

Tun Faisal yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan memiliki pengalaman pengurusan dan pentadbiran selama 23 tahun serta dalam bidang komunikasi strategik selama 22 tahun.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Menteri Pelajaran dan Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, Panel Pemikir Gred Jusa C dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Tun Faisal merupakan pemilik dan pengarah beberapa syarikat swasta antaranya Cherrycode Sdn Bhd dan Miyamo Laundry.

Pada masa ini beliau juga menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Media Sdn Bhd dan Pengarah Lembaga Editorial Akhbar dan Portal Wilayahku. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas