Berita

Mahadi fokus tiga perkara utama

- Diterbit 2 Oktober 2020 7:53 AM MYT

DATUK Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Mahadi Che Ngah akan menumpukan kepada tiga perkara utama dalam memberikan perkhidmatan kepada warga kota.

Jelas beliau, antara perkara utama adalah masalah banjir kilat, kesesakan lalu lintas dan urustadbir ibu kota.

“Sebagai Datuk Bandar, saya telah mengetahui mengenai permasalahan yang berkaitan dengan bandaraya ini dan ia sering di bangkitkan dalam kalangan warga mkota

“Tiga perkara tersebut juga selaras dengan aspirasi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang terbaik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sementara itu, Annuar mahu isu yang berkaitan dengan penggubalan dasar perumahan mampu milik merupakan perkara yang perlu diberi perhatian Mahadi.

““Kita merasakan ada aspek tertentu yang perlu diberi perhatian, terutama tahap rumah mampu milik yang benar-benar mampu.

“Saya minta supaya DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) membina rumah transit di setiap kawasan Parlimen, bagi memberi peluang kepada pekerja berpendapatan rendah menyewa rumah yang mereka mampu,” katanya

Pada majlis itu, Annuar dan timbalannya Datuk Seri Dr Shanthara Kumar menyaksikan serah terima tugas antara bekas Datuk Bandar Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan kepada Mahadi.  – OLEH AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas