Berita

Doktor, jururawat sebak baca surat bekas pesakit Covid-19

PENGARAH Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari (tiga dari kiri) bersama petugas perubatan di CPRC Jabatan Kesihatan Labuan.
- Diterbit 11 April 2020 10:12 AM MYT

LABUAN – Petugas baris hadapan di Hospital Labuan tidak mampu menahan sebak apabila menerima surat dari bekas pesakit Covid-19 yang telah sembuh.

Difahamkan, surat itu ditulis salah seorang daripada 10 pesakit yang sebelum ini dirawat di hospital susulan positif wabak berkenaan.

Malah, setiap perkataan diungkap pada surat itu juga amat bernilai selain menghargai usaha dan pengorbanan doktor dan jururawat yang bertungkus – lumus merawat serta menjaga pesakit.

Berikut petikan isi kandungan surat yang ditulis pada sekeping kad:

“Terima kasih kepada jururawat dan doktor yang telah merawat dan menjaga kami selama kami (pesakit) di sini.

“Jasa kalian tidak akan saya lupakan sampai bila- bila. Kasih sayang dan layanan yang kamu berikan kepada kami masih tersemat dalam sanubari.

“ Kini tiba masanya aku melangkah pergi, berkat usaha kalian aku kembali sihat sedia kala. Selamat tinggal wira- wira ku dan teruskan berbakti kepada ibu pertiwi,” katanya.

Untuk rekod, Labuan mencatatkan jumlah kes keseluruhan sebanyak 13 kes. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas