Berita

“Ramai wanita tidak tahu hak mereka” – Tina Aziz

- Diterbit 15 Mac 2021 6:30 AM MYT

MODEL yang juga peguam muda, Qistina Sofia Abdul Aziz,25, atau Tina nekad mahu membantu kaum wanita yang kebanyakannya tidak tahu hak mereka.

“Memang niat saya ketika mula-mula belajar undang-undang ada niat nak bantu ramai wanita kerana sesetengah mereka tidak tahu apa hak mereka.

“Sebenarnya masih ramai wanita tidak tahu hak mereka sebagai isteri atau bekas Isteri. Misalnya kes yang pernah kita dengar iaitu wanita yang kematian suami teraniaya oleh keluarga suami dalam hal pembahagian harta.

“Ramai juga yang tidak menggunakan khidmat peguam untuk membela nasib mereka kerana kos guaman yang tinggi.

“Alhamdulillah.. Ramai wanita di luar sana yang mesej di instagram meminta nasihat yang berkaitan hak dan undang-undang. Jadi ini adalah salah satu cara untuk saya membantu kaum wanita yang mungkin tidak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah mereka.

“Menyahut tema Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, saya sendiri bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja cabaran dalam membantu kaum wanita terutamanya yang teraniaya, insya Allah,” luah Tina lagi. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas