Berita

Djokovic mungkin terlepas peluang sertai kejohanan Indian Wells dan Miami Open Masters

- Diterbit 4 Januari 2023 1:38 PM MYT

BINTANG tenis Novak Djokovic berkemungkinan terlepas peluang untuk menyertai kejohanan Indian Wells dan Miami Open Masters selepas pihak berkuasa pengembaraan Amerika Syarikat (AS) mengenakan syarat bukti vaksinasi COVID-19 kepada warga asing.

Walaupun peraturan COVID-19 telah dilonggarkan atau ditarik balik di kebanyakan negara, namun bukti vaksinasi masih diperlukan untuk memasuki AS, sehingga sekurang-kurangnya 10 April, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Indian Wells dan Miami Open Masters ialah dua daripada kejohanan paling berprestij di luar kalendar grand slam yang masing-masing bermula pada 6 Mac dan 20 Mac.

Djokovic yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum ini pernah dilarang memasuki Australia. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas