Berita

Myanmar beri pengampunan kepada 7,012 banduan

Members of the Myanmar military march at a parade ground to mark the country's Independence Day in Naypyidaw on January 4, 2023. - Myanmar's junta announced an amnesty for 7,000 prisoners to mark Independence Day on January 4 following a show of force in the capital, days after increasing democracy figurehead Aung San Suu Kyi's jail term to 33 years. (Photo by AFP)
- Diterbit 4 Januari 2023 1:27 PM MYT

PENGERUSI Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing pada Rabu memberikan pengampunan kepada 7,012 banduan sempena ulang tahun ke-75 kemerdekaan Myanmar, lapor Xinhua.

Selain itu, SAC turut mengurangkan tempoh hukuman kepada beberapa banduan yang dipenjarakan di seluruh negara.

Menurut data rasmi, negara Asia Tenggara itu telah memberikan pengampunan kepada lebih 59,000 banduan termasuk 239 warga asing sepanjang 2021 dan 2022. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas