Selebriti

“Dia Sering Ajak Saya Kahwin, Rupanya Jodoh,” – DAYANA ROZA

|DAYANA bersama tunangnya A'dale bakal berkahwin Disember ini
- Diterbit 5 Ogos 2020 12:25 PM MYT

PERNAH banyak kali pelakon Dayana Roza diajak berkahwin oleh tunangnya yang dulu dianggap kawan biasa, namun sering ditolak. 

Namun, mereka bakal bergelar sebagai suami isteri tidak lama lagi apabila Dayana selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan ahli perniagaan dikenali A’dale Adham Ayahudin, 33, di Damai Glass House, Kuala Lumpur hari ini.

DAYANA bersama tunangnya A’dale bakal berkahwin Disember ini

“Kami sudah berkawan hampir enam tahun. Kami hanya kawan biasa ketika itu. Tidak ada perasaan yang istimewa pun antara kami.

“Namun, dia sering ajak saya kahwin walaupun saya sentiasa menolaknya. Iyalah…kawan biasa. Tiada yang serius pun.

“Bagaimana saya nak ada perasaan padanya sebab kami ni kawan gaduh. Dia selalu menyakat saya. Memang tak suka. 

“Tak sangka pula, selepas putus cinta hujung tahun lepas, dia kembali mendekati saya.

“Kami mula dapat dan bercinta. Rupanya jodoh. Insya Allah, jika semuanya berjalan lancar, kami merancang mahu berkahwin pada Disember ini.

“Saya pun bukan muda lagi. Perkara baik seeloknya dipercepatkan. Doakan kami ya!” Kata Dayana Roza kepada Wilayahku.

Majlis pertunangan itu hanya dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat sahaja dan diadakan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran tunangnya yang ke-33 hari ini.

Pada majlis itu, pihak Dayana atau nam sebenarnya Nur Dayana Kamsun Bahari, 29, menyerahkan lima dulang hantaran yang mana, dibalas tiga oleh pihak lelaki. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas