Selebriti

Nenek Positif Covid-19, DALER YUSUF Mohon Doa

|DALER mengaku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan doa agar neneknya diberikan kesembuhan. Amin..|ANTARA rakan artis yang meninggalkan komen dan doa buat nenek Daler
- Diterbit 5 Ogos 2020 11:02 AM MYT

PELAKON Daler Yusuf,27,  meluahkan rasa sedih apabila neneknya disahkan positif Covid-19. 

Daler yang berasal dari Uzbekistan ini berkongsi rasa di instagramnya memohon agar para pengikutnya di media sosial itu mendoakan agar neneknya kembali sembuh. 

DALER mengaku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan doa agar neneknya diberikan kesembuhan. Amin..

“Assalamualaikum semua. Nenek Daler positive Covid-19 dan dia berada dalam keadaan kritikal di Uzbekistan. 

“Sekarang dia berada dalam keadaan koma dan doktor cakap paru-paru dia dalam keadaan teruk.

“Daler tak tahu nak buat macam mana. Tolong doakan untuk nenek saya please,” tulisnya.

Rata-rata peminat mendoakan agar nenek kepada pelakon drama bersiri Tuan Anas Mikael ini diberikan kesembuhan daripada wabak bahaya itu.

ANTARA rakan artis yang meninggalkan komen dan doa buat nenek Daler

Rakan-rakan artis turut meninggalkan komen dan doa antaranya Daiyan Trisha, Adam Shahz, Ikmal Amry, Sherry Al-Hadad, Sasqia Dahuri dan ramai lagi.

Sama-sama kita doakan agar nenek Daler dan semua pesakit Covid-19 diberikan kekuatan melawan kesakitan akibat wabak ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas