Berita

DBKL turunkan lebih 500,000 iklan haram

- Diterbit 14 Januari 2021 8:34 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menurunkan kira-kira 518,644 iklan haram sepanjang tahun 2020 yang lalu.

Dalam hantaran di laman facebook rasminya hari ini, DBKL berkata, penurunan tersebut dilakukan oleh 11 Pejabat Cawangan DBKL.

“Pejabat Cawangan Cheras mencatatkan penurun terbanyak kira-kira 102,913 diikuti, kawasan Bandar Tun Razak, 73,664; kawasan Batu, 68,421; kawasan Seputeh, 65,040; kawasan Kepong, 52,059 dan Wangsa Maju sebanyak 48,803 iklan haram.

“Kawasan Titiwangsa, 28,501; Lembah Pantai, 26,609; Setiawangsa, 20,219; Segambut, 19,959 dan kawasan Bukit Bintang merekodkan penurun terendah iaitu sebanyak 12, 456,” katanya.

Katanya, tindakan tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa. – AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas