Berita

DBKL terima 47 aduan pokok tumbang semalam

- Diterbit 23 Ogos 2022 2:44 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima 47 aduan berkaitan dengan pokok tumbang dan dahan serkah di sekitar Kuala Lumpur susulan hujan lebat dan angin kuat semalam.

Menurut Unit Media, Jabatan Perancangan Korporat DBKL, kejadian yang berlaku bermula pukul 4.30 petang menyebabkan Skuad Kecemasan DBKL telah dikerahkan ke semua 47 kawasan terlibat.

“Kakitangan DBKL yang terdiri daripada Skuad Kecemasan dan Skuad Penyelamat bersama-sama dengan agensi sahabat seperti pihak BOMBA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah turun kelapangan bagi melakukan kerja-kerja pengalihan batang pokok yang tumbang di kawasan-kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah kenyataan itu, keadaan trafik di sekitar Kuala Lumpur pada ketika dapat dikawal dan warden trafik telah dikerah ke lapangan bagi memastikan pergerakan aliran trafik berada dalam keadaan lancar. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas