Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

DBKL, Agensi Sahabat keluarkan 6 notis kompaun dalam Ops Tapak Bina

- Diterbit 23 Mei 2024 4:26 PM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak enam notis kompaun dalam satu Operasi Bersepadu Tapak Bina bersama Agensi Sahabat di sekitar kawasan Seputeh hari ini.

DBKL bersama agensi sahabat yang terlibat ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Kesihatan Malaysia (kawalan vektor), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

DBKL dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa telah mengeluarkan enam notis kompaun atas pelbagai kesalahan dan satu notis penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah mendirikan struktur sementara (kabin) tanpa kebenaran, tiada perangkap kelodak.

Selain itu, kesalah seperti menjatuhkan tanah dari badan lori, mengalir lumpur ke dalam saluran longkang awam, angkut bahan tanpa permit DBKL (tanah dan papan),” katanya hari ini.

DBKL turut memaklumkan tapak bina itu diarahkan tutup (sealed) sehingga kerja-kerja pematuhan DBKL, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dilaksanakan.

“Operasi bersepadu ini, akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi tapak bina yang lain,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas