Berita

CUEPACS kesal orang awam tidak faham tugas penguat kuasa

- Diterbit 14 Februari 2020 8:35 AM MYT

PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kesal apabila orang awam tidak memahami tugas penguat kuasa sehingga berlakunya insiden anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dipukul semasa menjalankan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, insiden seperti itu tidak akan berlaku sekiranya orang awam faham tugas penjawat awam selain mengetahui bahawa mereka telah melakukan kesalahan dan perlu menerima hukuman mengikut undang-undang.

“Malah, demi mempertahankan diri dari serangan, anggota berkenaan terpaksa melindungi diri daripada risiko kecederaan yang bakal ditanggung sewaktu kejadian.

“Insiden tersebut perlu dilihat dalam aspek yang lebih adil dan bukan menghukum penjawat awam atau penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Adnan berkata, CUEPACS memandang serius dan melihat kaedah menghukum di media sosial adalah tidak adil sama sekali kepada penjawat awam. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas