Berita

COVID: Kes baharu terus menurun kepada 4,611 hari ini

SELANGOR masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,346 kes. Krediti foto oleh: Sinar Harian SELANGOR masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,346 kes. Krediti foto oleh: Sinar Harian
- Diterbit 21 Jun 2021 7:55 AM MYT

KES baharu COVID-19 terus mencatatkan penurunan hari ini apabila sejumlah 4,611 kes direkod berbanding 5,293 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata perkembangan terbaru itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini ialah 701,019 kes.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,346 kes diikuti Sarawak (682); Perak (453); Negeri Sembilan (437); Johor (314) dan Kuala Lumpur (310).

Selain itu, Kelantan mencatat 219 kes; Melaka (205); Kedah (182); Sabah (166); Labuan (130); Pulau Pinang (84); Pahang (50); Terengganu (18); Putrajaya (15); serta tiada kes baharu yang direkodkan di Perlis. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas