Berita

80 peratus warga PDRM KL terima vaksin COVID-19

KESEMUA mereka yang berusia lingkungan 22 hingga 49 tahun ditahan dalam serbuan di bawah Ops Kontraban, yang digerakkan hasil maklumat awam. Kredit foto oleh Berita Harian
- Diterbit 21 Jun 2021 8:06 AM MYT

KIRA-KIRA 80 peratus daripada 9,200 pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo berkata ahli keluarga anggota turut menerima suntikan vaksin dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok di Kuala Lumpur menjelang Ogos.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan mengenai anggota dan ahli keluarga yang enggan mengambil suntikan vaksin namun mengakui ada antara mereka belum dapat divaksinasi kerana mempunyai masalah kesihatan.

“Antara alasan mereka ialah mengandung, masalah kesihatan… tiada antivaksin dalam pasukan,” katanya selepas meninjau keadaan warga PDRM dan keluarga yang menerima suntikan vaksin menerusi Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Dewan Serbaguna Perumahan PDRM Desa Tasik, Sungai Besi di sini hari ini.

Yong berkata menerusi program itu, seramai 6,000 anggota yang bertugas di pelbagai jabatan dan daerah dalam kontinjen serta ahli keluarga akan menerima suntikan vaksin di tiga lokasi, iaitu Perumahan  PDRM Desa Tasik di Sungai Besi, Desa Aman 1 dan Desa Aman 2 di Pantai Dalam bermula hari ini hingga 26 Jun. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas