Berita

COVID: 8,868 kes baharu hari Khamis – KP Kesihatan

JUMLAH kumulatif kes di negara ini mencecah 808,658.
- Diterbit 8 Julai 2021 8:08 AM MYT

ANGKA jangkitan kes baharu COVID-19 hari ini melonjak naik kepada 8,868 kes daripada  7,097 kes yang dicatatkan semalam.

Perkembangan baharu itu sekali gus menjadikan kumulatif kes di negara ini mencecah 808,658.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 4,152 kes diikuti Kuala Lumpur (1,133); Negeri Sembilan (897); Johor (336); Sarawak (281) dan Sabah (279). — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas