Berita

Remaja tempah baju Jalur Gemilang demi Hari Kebangsaan 2019

MOHD. FARID segak mengenakan busana daripada Jalur Gemilang dan tengkolok. - FOTO: NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 31 Ogos 2019 2:50 AM MYT

PUTRAJAYA – Seorang remaja sanggup bangun seawal pukul 4 pagi untuk bersiap menyaksikan perbarisan Hari Kemerdekaan 2019 di Dataran Putrajaya di sini pagi ini.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ibrahim Yaakob, Jalan Ipoh, Mohd. Farid Nasir, 17, berkata, dia bergerak keluar dari rumahnya di Selayang seorang diri dan menaiki Express Rail Link (ERL) ke Putrajaya Sentral di sini.

Apa yang menarik dia mengenakan pakaian yang diperbuat daripada Jalur Gemilang bagi bersama-sama meraikan hari gemilang sambutan Hari Kemerdekaan ke-62.

“Saya setiap tahun akan menempah baju Jalur Gemilang untuk sambut merdeka.

“Cuma tahun ini saya tambah buat tengkolok,” katanya kepada Wilayahku.

Mohd. Farid berkata, dia berasa sungguh gembira dapat bersama-sama rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas