Berita

Co-opbank Pertama hargai pengamal media

- Diterbit 14 Februari 2020 5:33 AM MYT

PENGHARGAAN. Sebagai meng hargai jasa dan sumbang bakti wartawan serta jurugambar dalam penghasilan berita, Co-opbank Pertama mengadakan program Santai Tahun Baru 2020 bersama media pada 29 Januari lalu.

Program yang bermula pukul 8 malam itu dihadiri kira-kira 100 pengamal media yang terdiri daripada editor, wartawan dan jurugambar dari pelbagai agensi di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden Co-opbank Pertama, Mohd. Nor Abd. Razak berkata, program yang dianjurkan pihaknya itu adalah sebagai ucapan terima kasih kepada media yang banyak membantu dari segi publisiti dan laporan berkenaan Co-opbank Pertama.

“Ada yang bekerja malam tetapi sanggup meluangkan masa menghadiri majlis ini. Saya amat hargai dan itu semua menunjukkan komitmen media untuk bersama-sama mempromosi Co-opbank Pertama,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas