China Construction Bank sumbang 1,000 topeng muka
FARY menerima sumbangan topeng muka daripada wakil CCB di Wisma Perbadanan Labuan.

China Construction Bank sumbang 1,000 topeng muka

LABUAN – Perbadanan Labuan (PL) menerima sumbangan sebanyak 1,000 helai topeng muka daripada syarikat China Construction Bank (CCB) hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PL, Dr Fary Akmal Osman berkata, sumbangan peralatan itu akan diedarkan kepada penerima bantuan kit makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan.

Beliau berkata, pihaknya juga menyumbangkan ‘face shield’ dan topeng muka kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Penggiat Media Labuan.

“Produk ini (face shield) merupakan hasil tangan anggota teknikal PL dengan menggunakan mesin mencetak jenis tiga dimensi (3D).

“Kita juga akan menambah penghasilan face shield untuk kegunaan anggota baris hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Topeng Muka kepada PL di Wisma Perbadanan Labuan hari ini.

Fary berkata, terowong disinfeksi juga bakal dibina bagi kegunaan petugas baris hadapan.

“PL bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam proses menyediakan terowong disinfeksi untuk diletakkan di tempat- tempat awam termasuk di PL,” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS