Berita

CHACHA MAEMBONG Nafi Terlibat Dengan Macau Scam Dan Judi Online

- Diterbit 17 Oktober 2020 8:39 AM MYT

PELAKON Chacha Maembong mengaku kecewa dan terkilan dengan dakwaan atau fitnah kononnya dia terlibat dengan Macau Scam dan judi dalam talian (online).

Menerusi kenyataannya di instagram miliknya, Chacha menjelaskan dakwaan-dakwaan tersebut telah menjejaskan imej serta reputasinya. 

“Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa terdapat beberapa individu dalam media sosial yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan tidak benar terhadap saya, bahawa saya memulakan perniagaan, kononnya dana yang diperolehi daripada individu yang dikenali sebagai Dato’ Zaidi Kanapiah dan saya terlibat dalam aktiviti Macau Scam dan perjudian online.

“Akibat daripada kenyataan yang dibuat oleh beberapa penama ini, saya telah mendapat kecaman di media sosial dan ini telah pun menjejaskan reputasi dan perniagaan saya.

“Tujuan saya mengadakan persidangan ini  untuk menafikan sekeras-kerasnya  fitnah dan kenyataan palsu tersebut,” katanya yang menjelaskan tidak pernah mengenali Dato’ Zaidi sebelum kes Macau Scam menjadi bualan.

Chacha juga menegaskan bisnes produk yang diusahakan adalah titik peluhnya sendiri dan bekerjasama dengan syarikat yang diyakini. 

“Sebelum pembocoran Macau Scam, saya tidak mengenali Dato’ Zaidi Kanapiah tersebut dan tidak pernah jumpa atau berhubung dengan beliau.

“Saya juga ingin mengesahkan bahawa gambar yang telah tular di media sosial adalah gambar yang diambil sekitar 2017 ketika pertama kali saya bertemu dengan Datin Alya sebagai kenalan dan bukanlah rakan karib.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa sumber dana perniagaan saya merupakan hasil titik peluh Saya.

“Untuk makluman, produk keluaran saya adalah kerjasama dengan sebuah syarikat ternama di Malaysia dan Asia. Ianya tiada kaitan dengan penglibatan dana atau modal dari sumber lain,” jelasnya.

Chacha juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan dirinya. 

“Saya berharap, orang yang bertanggunggjawab menyebarkan kenyataan fitnah dan tidak benar akan berhenti serta-merta Dan meminta maaf  secara bertulis kepada Saya.

“With my team of lawyers, kami akan mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil seterusnya untuk mempertahankan hak saya dan Saya tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan guaman (undang-undang) terhadap individu-individi ini,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini kecoh kes jenayah sindiket Macau Scam yang menggunakan selebriti untuk ‘mencuci duit’ yang dikaut ratusan juta hasil daripada penipuan dalam talian.

Semoga segalanya dapat diselesaikan dengan cara baik. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas