Berita

Tiga pasar raya di Labuan diarah tutup

SEORANG pekerja pasaraya menampal notis sementara.
- Diterbit 17 Oktober 2020 5:55 AM MYT

SEBANYAK tiga buah pasar raya terkemuka di Labuan telah diarahkan tutup bermula hari ini sehingga 19 Oktober oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, arahan notis penutupan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pihak KKM dalam usaha mencari secara terperinci kontak rapat pesakit COVID-19.

“Pihak KKM telah mengesahkan tidak ada kes yang melibatkan kakitangan dan pekerja mereka.

“Sebilangan pekerja di ketiga-tiga pasar raya tersebut telah menjalani pemeriksaan pengesahan COVID-19 dan semua keputusan adalah negatif,” ujar kenyataan tersebut.

Difahamkan, kerja-kerja sanitasi akan dibuat di pasar raya tersebut bermula hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas