
Pelbagai inisiatif dilaksana percepat proses vaksinasi di negeri-negeri
PELBAGAI inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri dalam mempercepatkan proses vaksinasi di negeri masing-masing, bagi memastikan semua kumpulan masyarakat tidak ketinggalan mendapat suntikan vaksin COVID-19. Malah, inisiatif juga dilaksanakan oleh pelbagai institusi, yang turut serta membantu memudahkan pemberian vaksin kepada golongan sasar. Di KELANTAN, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang