Berita

COVID: 19,819 kes baharu hari ini, tertinggi sejak pandemik melanda negara – KP Kesihatan

PERKEMBANGAN terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 1,183,110 kes. Kredit foto: CPRC Kebangsaan
- Diterbit 4 Ogos 2021 8:34 AM MYT

KES baharu COVID-19 melonjak kepada 19,819 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, Februari tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman  Facebook berkata perangkaan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2,714 kes berbanding 17,105 kes direkodkan semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 1,183,110 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 8,377 kes diikuti Kuala Lumpur (2,467); Kedah (1,371); Johor (1,162); Kelantan (1,003) dan Sabah (949).

Pulau Pinang pula mencatat 867 kes, diikuti Negeri Sembilan (800); Perak (662); Pahang (558); Sarawak (552); Melaka (508); Terengganu (481); Putrajaya (46); Perlis (11) dan Labuan (lima). — BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas