Global

Berita

Gesa media antarabangsa dedah tindakan Israel ‘tutup mulut’ wartawan

MENTERI-MENTERI Penerangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa organisasi dan saluran media antarabangsa untuk mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia dan kempen terhadap wartawan oleh pihak pendudukan Israel. Dalam Kenyataan Akhir Sesi Luar Biasa Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Islam (ICIM) yang berlangsung sehari di sini, para menteri mengutuk penyasaran secara sengaja dan

Berita

Hentikan pencabulan undang-undang antarabangsa, hak rakyat Palestin – Malaysia

ISRAEL mesti terlebih dahulu berhenti daripada terus mencabuli undang-undang antarabangsa serta setiap elemen teras dalam hak rakyat Palestin untuk menubuhkan tanahair sendiri, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Dalam kenyataan lisan Malaysia pada sesi pendengaran awam berhubung isu Palestin di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda pada Khamis (waktu tempatan), Mohamad berkata

Berita

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang

ANGKA kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, meningkat kepada 29,092 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikepung pada Isnin. Sejumlah 69,028 lagi cedera dalam serangan berterusan itu, lapor Agensi Anadolu. “Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi

Berita

Malaysia masih pertimbangkan cadangan Singapura untuk beli dua bidang tanah miliknya di Woodlands

CADANGAN Singapura untuk membeli dua bidang tanah milik Malaysia untuk tujuan pembangunan semula Pintu Masuk Woodlands (WCP) masih dalam perbincangan oleh pihak berkuasa Malaysia. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar berkata adalah logik bagi Singapura untuk membeli tanah itu tetapi persoalannya adalah sama ada Malaysia ingin menjual atau

Berita

Lawatan kerja Ahmad Zahid ke Jepun dijangka perkasakan TVET, industri halal Malaysia

MEMANTAPKAN agenda Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara serta mengukuhkan Malaysia sebagai hab dalam industri halal global, merupakan antara fokus utama lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Jepun bermula Sabtu. Lawatan kerja tujuh hari sehingga 23 Feb ini, yang merupakan kunjungan sulung Ahmad Zahid ke Jepun sejak pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri di

Berita

ISWAMI buka ruang pertukaran nilai jurnalistik Malaysia-Indonesia

IKATAN Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) menjadi platform dalam membuka ruang kepada pertukaran nilai-nilai kewartawanan serta meningkatkan potensi kolaborasi antara agensi berita di Malaysia dan Indonesia. Ketua Pengarang The Jakarta Post Taufiq Rahman berkata pertukaran nilai-nilai kewartawanan seperti idea, budaya kerja dan naratif membabitkan kedua-dua negara serumpun itu perlu diteruskan dalam usaha memperkasakan industri