RM21,000 menanti kaki pancing di CPKL 2020
MOHD. NAZAM (tiga dari kanan) bersama Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Hasliza Abdul Hamid (dua dari kanan) serta Pengurus Acara dan Tajaan, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Muhammad Fauzi Ahmad, (satu dari kanan) dan Tessy Low, Eksekutif Pemasaran, Pure Fishing Malaysia Sdn. Bhd. (satu dari kiri) menunjukkan spesis patin yang dilepaskan untuk pertandingan memancing CPKL 2020 di Taman Tasik Metropolitan Kepong, Ahad ini.

RM21,000 menanti kaki pancing di CPKL 2020

KUALA LUMPUR – Seramai 1,000 peserta dijangka memenuhi Taman Tasik Metropolitan, Kepong di sini sempena pertandingan memancing Cabaran Pancing Kuala Lumpur (CPKL) 2020 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 16 Februari, Ahad ini.

Program tersebut diadakan sempena Karnival Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 (SHWP 2020) @Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, hadiah keseluruhan berjumlah RM21,000 menanti peserta bagi acara berkenaan.

“Juara pertandingan ini akan membawa pulang RM7,000 diikuti RM3,000 untuk naib juara dan ketiga bakal memperoleh RM1,000. Pemenang keempat hingga ke-10 akan menerima RM200, pemenang tempat ke-11 hingga 100 menerima RM100 setiap seorang.

“Malah dua tasik akan dibuka untuk kepuasan kaki pancing yang hadir kelak. Paling menarik hadiah sapu bersih dan selain semua spesis ikan dikira dalam pertandingan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Nazam berkata, acara tersebut mendapat kerjasama Sunkist, Igloo dan Pure Fishing, selaku rakan strategik.

“Taman Tasik Metropolitan, Kepong, mempunyai keunikan tersendiri kerana banyak spesies ikan terbaik termasuk tongsan, belida dan toman bersaiz 10 hingga 15 kilogram,” katanya pada acara melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di Taman Tasik Metropolitan, Kepong di sini.

Mohd. Nazam berkata, yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan sebanyak 800 penyertaan awal layak menerima satu botol air sumbangan penaja.

Katanya, pendaftaran boleh dilakukan di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu ini, bermula pukul 1 tengah hari hingga 9 malam dan keesokannya, kaunter dibuka dari pukul 6.30 pagi hingga 10 pagi.

“Maklumat lanjut, boleh layar di laman facebook, JORANKL atau hubungi urus setia di talian 013-266 7011, 012-3554946 dan 012-284 6811,” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS