Fokus

Bukan sekadar pengiktirafan tetapi tanggungjawab

TUN FAISAL menerima watikah selepas dilantik sebagai Leftenan Kolonel (Bersekutu).
- Diterbit 23 Disember 2020 3:20 AM MYT

PENTAULIAHAN yang diberikan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terhadap individu ternama dan pertubuhan bukan kerajaan tidak hanya penghargaan yang diberikan berdasarkan pengalaman.

Ia sebaliknya berdasarkan pengiktirafan berdasarkan pengalaman dan kemahiran dalam bidang kerjaya.

Bagi Leftenan Kolonel (Bersekutu) APM, Tun Faisal Ismail Aziz yang baharu dilantik pada 9 Disember lalu, pentauliahan yang diterima itu akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk memperkasakan APM sebagai salah satu pasukan keselamatan negara.

Ujar beliau, fokus utamanya adalah bantuan daripada aspek komunikasi, publisiti dan meningkatkan imej APM.

Katanya, ia sejajar dengan misi agensi itu yang mahu memperkasa kesiapsiagaan orang awam untuk keselamatan dan kesejahteraan negara.

“Saya tiada sasaran spesifik bagi menggalakkan penyertaan orang awam dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana.

“Tetapi, saya berhasrat untuk melaksanakan beberapa program bagi meningkatkan kemahiran orang awam khususnya warga Putrajaya,” katanya.

Menurutnya yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, antara perkara yang akan ditekankan adalah membantu komuniti bagi membolehkan mereka berupaya membantu diri sendiri, keluarga dan penduduk sekitar sekiranya ditimpa bencana atau kecemasan.

PEGAWAI di Kementerian Wilayah Persekutuan menerima pentauliahan daripada APM.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas