Berita

BPH atasi masalah pokok liar di PPAM seliaannya

- Diterbit 2 Disember 2019 4:15 AM MYT

PUTRAJAYA – Menyedari kerosakan yang berlaku pokok liar tumbah di aras bumbung Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri mengambil inisiatif bagi memastikan perumahan di bawah seliaannya sentiasa diselenggara.

Setiausaha Bahagian, BPH Jabatan Perdana Menteri, Rahimi Ismail berkata, walaupun isu yang dipaparkan Wilayahku baru-baru adalah kejadian di perumahan kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun ia juga turut berlaku di perumahan bawah seliaan BPH.

Sehubungan itu, jelas beliau, bagi mengatasi isu tersebut, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Bahagian Lanskap Perbadanan Putrajaya untuk memangkas dan memotong pokok-pokok yang tumbuh meliar.

“Pada masa ini, pokok yang tumbuh meliar di kawasan kuarters BPH adalah dalam keadaan terkawal dan sentiasa mendapat kerjasama daripada pihak Perbadanan Putrajaya dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Wilayahku baru-baru ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas