Berita

Perlawanan bola sepak eratkan persahabatan

PASUKAN DBKL dan Perbadanan Labuan bergambar sebelum perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung di Padang Dataran Labuan baru-baru ini.
- Diterbit 2 Disember 2019 4:00 AM MYT

ERAT. Dengan semangat kesukanan yang tinggi, perlawanan bola sepak antara Perbadanan Labuan (PL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mengeratkan persahabatan antara kakitangan kedua-dua pihak berkuasa tempatan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan itu.

Berlangsung di Padang Dataran Labuan pada 16 November lalu, pasukan veteran DBKL memenangi perlawanan itu dengan jaringan 3:1.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas