Berita

Bot laju Labuan-Menumbok beroperasi semula bulan ini

Bot Laju Labuan - Menumbok kembali beroperasi bermula 20 Oktober lalu Bot Laju Labuan - Menumbok kembali beroperasi bermula 20 Oktober lalu.
- Diterbit 1 November 2021 7:00 AM MYT
PENUMPANG berada di dalam bot laju dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

SELARAS dengan pengumuman kerajaan mengenai pembukaan sempadan negeri, perkhidmatan Bot Laju dua hala Labuan ke Menumbok kembali beroperasi semula.

Pengarah Eksekutif LDA Labuan (Holdings) Sdn Bhd, Mohammad Rizdun Ibrahim, berkata pengoperasian perkhidmatan itu dilaksanakan mengikut jadual secara berkala sehingga hujung Oktober ini.

Katanya, waktu operasi bot laju Labuan ke Menumbok iaitu pukul 10 pagi, 2 petang dan 5.15 petang, manakala Menumbok ke Labuan pada pukul 6.45 pagi,10 pagi dan 2 petang.

“Pada awal November, jadual pengoperasian bot laju akan mengikut jadual yang akan ditetapkan kemudian,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata penumpang boleh mendapatkan tiket secara dalam talian di pautan www.labuanpay.my atau di kaunter tiket Terminal Antarabangsa Labuan.

“Kadar tambang yang dikenakan adalah sama dan pemberian subsidi tambang 50 peratus masih diberikan kepada warganegara,” katanya. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas