WK2

Bomba proses permohonan pelan lebih pantas

PEGAWAI dan anggota bomba melakukan pemeriksaan bagi
- Diterbit 30 Ogos 2019 2:07 PM MYT

SISTEM Pemantauan One Stop Centre (OSC) 3.0 yang dibangunkan Perbadanan Putrajaya (PPj) mampu menghasilkan analisis dan pemantauan yang efektif serta reka bentuk yang responsif hingga membolehkan ia diterima pakai oleh pelbagai agensi teknikal luar (ATL) antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba Putrajaya, Ahmad Baihaqi Ismail, sistem Pemantauan OSC 3.0 PPj memudahkan pihak jabatannya dalam urusan memproses permohonan kelulusan pelan dan memantau projek pembangunan.

“Kami memanfaatkan sepenuhnya sistem ini untuk memberi ulasan dalam urusan memproses permohonan kelulusan kebenaran merancang dan juga permohonan kelulusan mendirikan bangunan di Putrajaya.

“Sistem tersebut mesra pengguna dan mudah kerana kita dapat memberi ulasan secara lebih pantas biarpun ketika berada di tapak projek. Jika dahulu, kami perlu menyediakan surat terlebih dahulu untuk menghantar ulasan ke Perbadanan Putrajaya,” katanya.

Tambahnya lagi, sistem ini turut diguna pakai semasa mesyuarat Jawatankuasa Teknikal OSC dan Mesyuarat OSC PPj. Ia juga dapat membantu ATL mengetahui takwim mesyuarat sepanjang tahun selain dapat melihat agenda yang akan dibentangkan semasa mesyuarat dan ulasan-ulasan yang telah dikemukakan kepada PPj.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas