Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selebriti

Blockout 2024: Jangan sampai pecah belah

- Diterbit 24 Mei 2024 4:30 PM MYT

MENYENTUH tentang isu Blockout 2024, pelakon utama filem The Experts, Mimi Lana berharap masyarakat tidak berpecah belah dan arif tentang apa misi kita dan kenapa gerakan itu dilancarkan.

“Blockout 2024 itu sendiri menganjurkan agar kita semua bersatu menentang kezaliman Israel. Janganlah bawa isu ini sampai pecah belah. Ia dilaksanakan supaya semua umat Islam bersatu dan sama-sama menolong penduduk Palestin yang amat memerlukan suara kita untuk ke arah betul.

“Mereka sudah berada di hujung-hujung, jadi janganlah kita berbalah,” katanya pada majlis malam gala filem The Experts di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Mimi juga sedar semua orang mengambil tahu dan menolak sekeras-kerasnya kezaliman yang dilakukan Israel kepada negara Islam itu.

“Saya yakin rakyat Malaysia cakna dengan pergolakan yang berlaku dan saya yakin semua orang memihak kepada Palestin.

“Saya sokong 100 peratus gerakan itu jika ia dapat memberi tekanan kepada jenama yang terang-terangan memberi sokongan dan sumbangan kepada Israel,” katanya.

Dalam perkembangan lain, selain Mimi Lana, pelakon lain yag terlibat dalam filem The Experts ialah Datuk Aaron Aziz, Remy Ishak dan Syafiq Kyle. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas