Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selebriti

Blockout 2024: Islam pentingkan adab dalam berbicara

- Diterbit 24 Mei 2024 4:50 PM MYT

BAGI pelakon filem Ratu Kala Jengking, Nadia Brian mengakui setiap orang ada cara tersendiri dalam meluahkan rasa benci dan marah terhadap kezaliman Israel ke atas umat Islam di Palestin.

Katanya, dalam isu boikot termasuklah Blockout 2024, semuanya adalah hak masing-masing namun adab perlu dijaga dalam apa jua situasi.

“Saya kalau boleh tak mahu sentuh tentang siapa-siapa kerana setiap orang ada alasan tersendiri.

“Cuma apa yang saya boleh cakap, dalam isu Blockout 2024 ini, janganlah kita memboikot mana-mana selebriti sehingga mengungkap kata-kata penghinaan atau ugutan.

“Tegur tak salah. Boikot pun tak salah, itu hak masing-masing. Namun kita harus tahu, dalam agama pun amat mementingkan tentang adab.

“Saya sendiri pun sangat mengambil tahu dan menyatakan solidariti dalam membela saudara kita di sana selain menentang sekeras-kerasnya tindakan zalim Israel,” ujarnya.

Namun katanya, dia tidak pernah sesekali menyalahkan mana-mana individu kerana semua orang ada cara masing-masing menunjukkan protesnya terhadap Israel.

“Saya harap semua rakyat bersatu dalam memboikot produk Israel, dalam masa yang sama tidak menyalahkan mana-mana pihak sehingga menjejaskan keharmonian dalam masyarakat.

“Kita semua buat perkara baik untuk membela Palestin, tapi janganlah sampai kita sendiri kucar-kacir dan bergaduh sesama sendiri. Sekalipun dalam media sosial, jagalah hubungan sesama kita. Tegur dan kritikan membina bagus, tapi bahasa dan adab kena jaga,” tambahnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas