Biz

Black Valcano Pizza sempena sambutan hujung tahun

BLACK Volcano Pizza.
- Diterbit 9 Oktober 2019 4:35 AM MYT

KUALA LUMPUR – Pizza Hut Malaysia memperkenalkan inovasi piza baharu sempena sambutan hujung tahun yang bakal tiba tidak lama lagi.

Rantaian restoran piza terkemuka itu Malaysia ini terus berevolusi bagi membawakan pengalaman makan tersendiri dengan sajian Black Volcano Pizza yang merupakan ciptaan istimewa bagi memberi kelainan dan keseronokan.

Piza Black Volcano boleh didapati untuk masa terhad sahaja, bermula semalam hingga 31 Disember 2019 atau sementara stok masih ada di kesemua restoran Pizza Hut dan khidmat penghantaran di seluruh negara.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler berkata, piza Black Volcano yang merupakan piza yang pertama seumpamanya di Malaysia didatangkan bersama kerak berwarna hitam diperbuat daripada doh yang diadun bersama arang.

”Ia dibakar sempurna dan dipenuhi keju yang melimpah seperti ‘volcano’ bersama taburan ketulan ayam rangup. Ciptaan ini membawakan elemen dramatik bagi memberi kelainan pada sambutan akhir tahun, direka seakan-akan gunung berapi yang meletus.

”Pelanggan akan merasai keterujaan ketika menikmati 24 ketul kerak piza yang dipenuhi dengan lava keju. Setiap gigitan Black Volcano Pizza dilengkapi dengan keenakan ketulan ayam rangup,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Piza edisi terhad Black Volcano Pizza itu boleh dibeli dari harga RM44.50 bagi ala carte untuk saiz biasa. Pilihan kombo juga boleh didapati melalui khidmat penghantaran, bawa pulang atau makan di restoran. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas