Selebriti

Bila bersedekah ada yang dengki, nama pun manusia – Sheikh Mohamed

||SHEIKH Mohamed menasihatkan penerim vaksin agar terus kekal jaga SOP walaupun sudah menerima dos kedua|SHEIKH Mohamed yang juga pemilik bisnes Laksa Ustaz menggunakan separuh jualannya bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat COVID-19.
- Diterbit 22 Ogos 2021 8:36 AM MYT

PENDAKWAH bebas Datuk Sheikh Mohamed Rahmi Razali,40, yang juga pemilik perniagaan Laksa Ustaz antara dermawan yang cukup aktif membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Bagi Sheikh, segala amalan sedekah dan kerja amal yang dilakukannya adalah kerana mahu mengumpul saham akhirat.

“Bagi saya, bila bersedekah kena ada hati yang ikhlas. Bukanlah bersedekah itu sebab nak jadi popular atau mahu jadi selebriti media sosial,” ujarnya selepas melakukan penyerahan sumbangan makanan kering dan bendera Jalur Gemilang kepada 1400 penduduk yang menerima vaksin dos kedua di Projek Perumahan Awam (PPR), Batu Muda, Kuala Lumpur.

SHEIKH Mohamed menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima vaksin, diperhatikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Batu Muda.

Dalam melakukan kerja amal, beliau tidak menafikan dalam bersedekah bukan semua orang suka kerana terdapat segelintir yang kurang senang kerana timbulnya hasad dengki.

“Sekarang adalah zaman fitnah. Dalam masa yang sama kita tak boleh nak elak apa orang nak cakap. Jadi mahu atau tidak kita kena hadapi semua itu.

“Saya sendiri tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Cuma diharapkan apa yang saya lakukan ini menjadi contoh kepada orang lain ketika saya sudah tiada.

“Kadang-kadang ada individu yang mempunyai duit tapi tidak tahu bagaimana harus membelanjakannya. Jadi apa yang saya lakukan ini mungkin boleh jadi pendorong kepada mereka bagaimana mahu menyalurkan bantuan.

“Menyentuh tentang netizen atau sesiapa yang kurang senang apabila kita bersedekah, itu tak boleh nak cakap apa.

“Nama pun manusia, apabila kita berjaya dalam perniagaan atau perjuangan serta melakukan sedekah, akan timbullah rasa hasad dengki. Kita tak boleh halang kerana semuanya di luar kawalan kita,” ujarnya lagi.

SHEIKH Mohamed menasihatkan penerim vaksin agar terus kekal jaga SOP walaupun sudah menerima dos kedua

Dalam pada itu, Sheikh mengaku tidak sanggup melihat orang susah yang terkesan akibat COVID-19.

“Saya buat semua ini (bersedekah) adalah kerana melihat ramai yang bersedih berikutan terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Apabila saya memberikan sumbangan, melihat wajah mereka gembira, itu sudah cukup buat saya puas hati. Apa yang saya buat ini memuaskan hati saya.

“Dalam masa yang sama, keluarga saya juga gembira kerana mereka adalah pendorong utama untuk saya melakukan amal kebajikan.

“Terutamanya mak saya. Saya harap dengan menggembirakan mak saya, insya Allah kehidupan saya nanti penutupnya adalah baik.

“Iyalah, sebagai manusia saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Dengan amalan ini semoga penutup hidup saya nanti adalah baik,” jelasnya yang telah memulakan program amal ini sejak PKP pada Mac tahun lalu.

SHEIKH Mohamed yang juga pemilik bisnes Laksa Ustaz menggunakan separuh jualannya bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat COVID-19.

Bukan sahaja di Wilayah Persekutuan, Sheikh juga menyampaikan bantuan ini di seluruh Malaysia.

“Di PPR Batu Muda ini saya mengagihkan sumbangan makanan harian kepada 1400 penduduk yang telah melengkapkan vaksin kedua mereka di sini.

“Selain itu, saya juga tidak lupa menghargai pengorbanan para barisan hadapan dengan menyediakan makanan kepada mereka.

“Saya berterima kasih kepada banyak pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, persatuan penduduk Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri-negeri seluruh Malaysia yang membantu saya dalam mengagihkan bantuan. Tanpa bantuan mereka, saya tak mampu melakukannya seorang diri,” ujarnya lagi.PENDAKWAH bebas Datuk Sheikh Mohamed Rahmi Razali,40, yang juga pemilik perniagaan Laksa Ustaz antara dermawan yang cukup aktif membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Bagi Sheikh, segala amalan sedekah dan kerja amal yang dilakukannya adalah kerana mahu mengumpul saham akhirat.

“Bagi saya, bila bersedekah kena ada hati yang ikhlas. Bukanlah bersedekah itu sebab nak jadi popular atau mahu jadi selebriti media sosial,” ujarnya selepas melakukan penyerahan sumbangan makanan kering dan bendera Jalur Gemilang kepada 1400 penduduk yang menerima vaksin dos kedua di Projek Perumahan Awam (PPR), Batu Muda, Kuala Lumpur.

Dalam melakukan kerja amal, beliau tidak menafikan dalam bersedekah bukan semua orang suka kerana terdapat segelintir yang kurang senang kerana timbulnya hasad dengki.

“Sekarang adalah zaman fitnah. Dalam masa yang sama kita tak boleh nak elak apa orang nak cakap. Jadi mahu atau tidak kita kena hadapi semua itu.

“Saya sendiri tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Cuma diharapkan apa yang saya lakukan ini menjadi contoh kepada orang lain ketika saya sudah tiada.

“Kadang-kadang ada individu yang mempunyai duit tapi tidak tahu bagaimana harus membelanjakannya. Jadi apa yang saya lakukan ini mungkin boleh jadi pendorong kepada mereka bagaimana mahu menyalurkan bantuan.

 

 

“Menyentuh tentang netizen atau sesiapa yang kurang senang apabila kita bersedekah, itu tak boleh nak cakap apa.

“Nama pun manusia, apabila kita berjaya dalam perniagaan atau perjuangan serta melakukan sedekah, akan timbullah rasa hasad dengki. Kita tak boleh halang kerana semuanya di luar kawalan kita,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sheikh mengaku tidak sanggup melihat orang susah yang terkesan akibat COVID-19.

“Saya buat semua ini (bersedekah) adalah kerana melihat ramai yang bersedih berikutan terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Apabila saya memberikan sumbangan, melihat wajah mereka gembira, itu sudah cukup buat saya puas hati. Apa yang saya buat ini memuaskan hati saya.

“Dalam masa yang sama, keluarga saya juga gembira kerana mereka adalah pendorong utama untuk saya melakukan amal kebajikan.

“Terutamanya mak saya. Saya harap dengan menggembirakan mak saya, insya Allah kehidupan saya nanti penutupnya adalah baik.

“Iyalah, sebagai manusia saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Dengan amalan ini semoga penutup hidup saya nanti adalah baik,” jelasnya yang telah memulakan program amal ini sejak PKP pada Mac tahun lalu.

Bukan sahaja di Wilayah Persekutuan, Sheikh juga menyampaikan bantuan ini di seluruh Malaysia.

“Di PPR Batu Muda ini saya mengagihkan sumbangan makanan harian kepada 1400 penduduk yang telah melengkapkan vaksin kedua mereka di sini.

“Selain itu, saya juga tidak lupa menghargai pengorbanan para barisan hadapan dengan menyediakan makanan kepada mereka.

“Saya berterima kasih kepada banyak pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, persatuan penduduk Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri-negeri seluruh Malaysia yang membantu saya dalam mengagihkan bantuan. Tanpa bantuan mereka, saya tak mampu melakukannya seorang diri,” ujarnya lagi.

Sedikit info tentang Laksa Ustaz, sebahagian daripada jualannya akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Laksa Ustaz ini turut digemari oleh bintang nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sedikit info tentang Laksa Ustaz, sebahagian daripada jualannya akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Laksa Ustaz ini turut digemari oleh bintang nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas