WK2

Biarpun ada telefon pintar, buku tetap relevan

PELANCONG asing mengambil kesempatan membaca buku di Taman Tasik Empangan Putrajaya.
- Diterbit 15 Februari 2020 3:41 AM MYT

SUNGGUHPUN pada masa kini bahan bacaan boleh diakses oleh pembaca secara dalam talian menggunakan telefon pintar dan tablet namun bukanlah bermakna buku tidak lagi relevan.

KHAIRUL ANUAR

Menurut Pengurus Jabatan Pembangunan Perniagaan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Mohd. Khairul Anuar Manshor, kewujudan kiosk buku di sekitar Putrajaya merupakan usaha untuk menghidupkan budaya membaca.

“Kita menyambut baik usaha pihak kerajaan sempena Kuala Lumpur Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020) dan kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2021-2030 dengan slogan #MalaysiaMembaca.

“Penubuhan kiosk tersebut di sekitar taman-taman awam adalah idea yang tepat kerana kebiasaannya masyarakat beriadah tanpa membawa telefon.

“Waktu senggang begini, kita harap pengunjung taman-taman menggunakan masa dengan sebaiknya dengan memanfaatkan bahan bacaan yang terdapat di kiosk buku,” ujarnya.

Perbadanan Putrajaya (PPj) merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama menyambut baik idea ITBM untuk menyediakan kiosk buku.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas