Selebriti

Betul ke CHUBB-E Kaki Gaduh?

|CHUBB-E popular dengan lagu Padan Muka
- Diterbit 12 Ogos 2020 7:08 AM MYT

VIDEO pendek yang dimuat naik penyanyi dan komposer muda, Chubb-E di Instagram yang memaparkan bahagian mulut berdarah menimbulkan persoalan banyak pihak.

Ada yang bersimpati dan berharap Chubb-E kena pandai jaga diri. Tidak kurang juga yang menganggap pelantun lagu Padan Muka ini suka bergaduh. 

Bagaimanapun, Chubb-E, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy menerusi status di Instagram Stories berkata, dia okay.

“Jangan risau, saya selamat. Jangan risau. Saya hargai perhatian anda semua. Bertenang dan terima kasih,” katanya.

CHUBB-E popular dengan lagu Padan Muka

Sementara itu, wakil Future Music Entertainment yang juga pengurus Chubb-E, Atmin Mazid ketika dihubungi mohon diberi ruang kepada penyanyi itu. 

“Maaf, mohon beri ruang buat Chubb-E. Banyak mesej dan panggilan masuk tanpa henti.

“Saya rasa dia masih terkejut. Biar kami selesaikan dahulu. Tak nak nanti lagi parah,” katanya.

Tanpa sebarang keterangan, perkara itu membuatkan pengikut bekas juara program Ceria Megastar 2018  di laman sosial itu tertanya-tanya dan risau dengan keadaan yang menimpa Chubb-E.

Susulan itu, Chubb-E juga dilihat membuang gambar profil di IG yang memberi gambaran seperti ada yang tidak kena pada dirinya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas