Selebriti

Kes Bunuh Diri, “Dengarlah Rintihan Mereka” – MIERA LEYANA

|MIERA Leyana harap masyarakat prihatin terhadap mereka yang cenderung untuk bunuh diri.
- Diterbit 12 Ogos 2020 8:51 AM MYT

WALAUPUN kadar bunuh diri di Malaysia masih rendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain, namun ia harus dihentikan dengan mengenalpasti punca dan cara mengatasinya.

Apabila dilihat secara umum, kebiasaannya individu yang terlibat dalam kes bunuh diri ini mengalami kemurungan  dan mempunyai masalah mental.

Pelakon Miera Leyana berpendapat, mereka yang cenderung untuk membunuh diri ini biasanya mahukan perhatian. Apatah lagi jika mereka mempunyai masalah yang sukar diselesaikan.

“Sebenarnya mereka yang berada dalam tekanan sehingga mahu bunuh diri ini mahukan sokongan daripada orang sekeliling. Mereka mahu bercerita masalah yang dihadapi tetapi tiada yang sudi mendengar.

“Nasihat saya, kalau kita mempunyai ahli keluarga atau kawan yang ditimpa masalah, dengarlah rintihan mereka. 

“Kadang-kadang, mereka bukannya mengharapkan bantuan, tetapi sekadar mahu bercerita masalah untuk mengurangkan tekanan yang dialami.

MIERA Leyana harap masyarakat prihatin terhadap mereka yang cenderung untuk bunuh diri.

“Akhirnya, tekanan menguasai emosi dan diri mereka sehingga mereka tidak sedar mahu bunuh diri. Iyalah.. rasa tidak tertanggung dengan masalah yang dihadapi. 

“Jadi hulurkanlah rasa simpati dan cubalah belajar mendengar dengan baik. Tidak rugi pun malah kita patut bersyukur kerana cuba menyelamat satu nyawa daripada melayang.

“Cuma saya ingin ingatkan, hanya menjadi pendengar yang baik bukannya berleter. Leteran akan membuatkan fikiran mereka lebih berserabut,” ujar Miera Leyana yang baru sahaja bergelar isteri orang 

Antara drama lakonan Miera sebelum ini ialah Memori Cinta Surata, Hujan, Kamelia Katrina, Kusinero Cinta dan banyak lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas