Berita

Beri tumpuan Olimpik Tokyo 2020

KAYUHAN mantap Azizulhasni pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman baru-baru ini.
- Diterbit 7 Mac 2020 8:27 AM MYT

KUALA LUMPUR – Ja­guh berbasikal trek negara, Azizulhasni A­wang mengakui banyak lagi yang ingin diperbaikinya bersama pasukan sebelum ber­mulanya temasya Sukan O­limpik Tokyo 2020 Julai nanti.

“Saya dan pasukan masih percaya kami berada di landasan yang betul berdasarkan corak kayuhan dan ‘timing’ ketika perlumbaan,” ujarnya mengulas kemenangan meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman minggu lalu.

Kata Azizul lagi, dia percaya apa yang diperolehnya adalah perancangan terbaik daripada Yang Maha Esa.

“Saya yakin Dia menangguh kemenangan saya di sini. Cuba bayangkan kalau menang hari ini, tekanan di Olimpik nanti sudah tentu berlipat kali ganda,” tambahnya.

Dengan pencapaian dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, turut menyaksikan Malaysia berjaya menempah tiket ke Sukan O­limpik Tokyo 2020 dalam acara keirin dan pecut individu.

Dalam masa sama, pengumuman rasmi mengenai per­kara tersebut akan dibuat dalam minggu ini.

Azizulhasni Awang atau le­bih dikenali sebagai The Pocket Rocketman mencuri tumpuan apabila meraih pingat gangsa keduanya dalam Kejohanan Dunia yang berlangsung di Berlin, apabila menewaskan pemenang pingat gangsa edisi sebelum ini, Mateusz Rudyk dari Poland.

Azizul turun pada penentuan pingat gangsa acara pecut apabila gagal menempatkan diri di peringkat akhir setelah tewas dalam peringkat separuh akhir bertemu pelumba dari Belanda, Harrie Lavresyen.

Walaupun berdepan dengan pemenang pingat gangsa edisi lalu, Azizuhasni tampak tenang apabila menang tipis pada perlumbaan kedua se­belum memastikan pingat gangsa miliknya dengan memaparkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan lawannya, Rudyk dengan perbezaan 0.853 saat.

Terdahulu, dalam acara keirin, Azizulhasni turut meraih pingat gangsa di belakang pelumba Jepun, Yuta Wakimoto di tempat kedua dan pelumba Belanda, Harrie Lavreysen di tempat pertama.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas