Berita

Bengang Netizen Tanya Saiz Alat Sulit, “Sopanlah Sikit…” – AZAM PITT

|AZAM Pitt berharap masyarakat lebih bijak menggunakan media sosial untuk kebaikan.|AZAM terlibat dalam rancangan travelog terbitan RTM Kuching|ANTARA mesej yang diterimanya. Azam berharap pendedahannnya ini membuatkan netizen lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial.
- Diterbit 8 September 2020 4:45 AM MYT

PELAKON dan penyanyi Azam Pitt bengang dan terkilan apabila anak-anak muda sering menyalahgunakan media sosial untuk tujuan negatif.

Terbaru, ada individu yang bertanya saiz alat Sulit Azam tanpa rasa segan silu.

ANTARA mesej yang diterimanya. Azam berharap pendedahannnya ini membuatkan netizen lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial.

“Ini bukan kali pertama saya diajukan soalan berbaur lucah, tapi disebabkan tidak tahan dengan perangai-perangai melampau netizen, akhirnya saya luah rasa geram di instagram story.

“Semalam, ada seorang individu yang asyik memuji saya dan kemudian bertanya tentang saiz alat sulit saya. Saya rasa pertanyaan sebegini tidak patut ada. Sopanlah sikit dalam berbahasa tu,” katanya kepada Wilayahku.

AZAM Pitt berharap masyarakat lebih bijak menggunakan media sosial untuk kebaikan.

Azam Pitt juga mengaku tidak mengenali individi tersebut, namun gambar-gambar dalam instagram menunjukkan dirinya masih bersekolah.

“Melihat kepada gambarnya, rasanya dia masih budak sekolah. 

“Saya tidak membalas pertanyaannya itu malah terus sekat dia di instagram.

“Nasihat saya, gunalah media sosial sebaik yang mungkin. Medium ini sebenarnya memudahkan urusan kita tapi janganlah disalahgunakan.

“Fikir dulu sebelum nak hantar mesej. Kalau tidak ada apa-apa nak komen lebih baik diam. 

“Kalau asyik komen negatif, kita tidak tahu kesan kepada artis atau orang yang kita tujukan mesej itu. Mungkin boleh menyebabkan mereka depresi dan ini sesuatu yang tidak sihat dan membahayakan.

“Sudah-sudahlah tanya perkara yang tidak berfaedah,” katanya yang akan menyambung penggambaran filem Hantu Bangkit selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

AZAM terlibat dalam rancangan travelog terbitan RTM Kuching

Selain itu, Azam Pitt  juga bakal muncul dalam sebuah rancangan travelog yang mempromosi tempat-tempat menarik di Sarawak. 

Sebelum ini Azam atau nama sebenarnya Ahmad Azam Pit, 34, sudah berlakon banyak drama antaranya adalah Seindah Sakura, Cinta Si Egois, Gondola Cinta Di Venice, Lelaki Itu Untukku, Terlanjur Mencintaiku 2, Suara Azan dan banyak lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas