Selebriti

“Belum cuba, belum tahu” – Kilafairy

- Diterbit 14 Jun 2020 2:52 AM MYT

BAGI artis jelita Kilafairy, sama seperti orang lain, dia juga sering rasa bimbang dan ragu-ragu ketika mulamula mahu menjalankan bisnes.

“Nasihat saya, jangan rasa takut atau bimbang. Ini kerana, belum cuba belum tahu. Eloklah berusaha untuk memperbaiki tahap kewangan hidup daripada duduk saja tidak melakukan apa-apa.

“Hidup perlu diteruskan. Rezeki Allah itu luas.

Pasti akan berjaya jika kita tidak berputus asa.

“Dalam berniaga, apa yang paling penting adalah berfikiran positif. Apabila adanya aura tersebut maka segalanya akan berjalan lancar,” jelas Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 28.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas