Selebriti

“Jangan malu cari rezeki” – Risteena

- Diterbit 14 Jun 2020 4:53 AM MYT

PELAKON Risteena pula mengakui bukan mudah untuk seseorang itu bangkit apabila ditimpa dugaan seperti kehilangan pekerjaan. Apatah lagi mereka yang pernah bekerja memegang jawatan besar akhirnya tiada sumber pendapatan.

“Bagi golongan ini, janganlah malu untuk mencari rezeki yang halal. Kita perlu sentiasa mencari jalan macam mana hendak teruskan hidup apabila ditimpa musibah yang macam ini.

“Dalam bisnes apa yang paling penting adalah tahu apa yang hendak dicapai. Bila sudah ada perancangan dan sasaran, kita akan berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai impian dan cita-cita tersebut,” ujarnya.

Jelas Risteena yang mengusahakan bisnes makanan Lovit Chocolate Banana bersama tunangnya, Isa Khan, bisnes menjadikan diri lebih berdisiplin, bekerja kuat serta berfikiran positif.

“Alhamdulillah produk ini ‘laju’ dalam pasaran dan mendapat permintaan yang sangat tinggi. Banyak juga komen positif daripada pelanggan,” tambah Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim, 31.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas