Berita

Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines meninggal dunia

TAN Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
- Diterbit 23 Januari 2020 3:54 AM MYT

PUTRAJAYA – Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airline (MAS), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhirnya lewat malam rabu di Pusat Perubatan Gleneagles di sini.

Berita kematian Allahyarham disahkan melalui kenyataan akhbar Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) di laman facebook pagi tadi.

“Salam takziah kepada seisi keluarga Allahyarham yang meninggal dunia lewat malam Rabu (semalam).

“Jasa Allahyarham akan dikenang warga pekerja MAS. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” menurut kenyataan itu.

Aziz kemudian menyertai Sistem Penerbangan Malaysia pada tahun 1971 dan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan (MD) dari 1982 hingga 1991.

Beliau meninggalkan syarikat itu dengan lebihan RM5 bilion apabila beliau bersara.

Jenazahnya akan diuruskan Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas zohor hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas