Berita

Bekas Pemain Terengganu City FC, SOLIHIN MAHAMAD Meninggal Dunia

- Diterbit 24 September 2020 3:46 PM MYT

BEKAS pemain Terengganu City FC, Mohamad Solihin Mahamad,24, telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, sebentar tadi.

Menurut kenyataan dari Laman sosial Facebook Football Terengganu, arwah yang juga pemain Piala Presiden Terengganu Football Club meninggal dunia selepas rebah sewaktu bermain bola baru-baru ini.

“Semoga ahli keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi ujian dan ditempatkan Allahyarham di dalam syurga Allah SWT bersamanya orang yang beruntung berada di sisiNya,” memetik kenyataan di Facebook itu. 

Sebelum ini, arwah juga  merupakan pemain Piala Presiden Terengganu Football Club

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan sama-sama kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas