Berita

DATUK Z Ubah Hidup CHACHA MAEMBONG, Tidak Tolak Jodoh

Perfect Look.
- Diterbit 24 September 2020 11:42 PM MYT

PELAKON Chacha Maembong mengaku kini kehidupannya banyak berubah semenjak mengenali seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Z.

Walaupun ada pihak mengatakan kononnya mereka  sedang bercinta, namun Chacha menepis dakwaan tersebut.

Menurut Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, 24, antara dirinya dan Datuk Z hanya rakan niaga yang banyak membantunya dalam selok-belok perniagaan.

“Dia adalah rakan sekerja saya. Selain keluarga, Datuk Z banyak memberikan sokongan kepada saya dan menguruskan bahagian penting dalam syarikat sebab saya sibuk dengan penggambaran.

“Sebagai orang yang masih baru dalam bidang ini, saya juga perlukan sokongan dari orang yang betul selain adik-beradik.

“Dia seorang yang baik dan banyak bimbing saya dalam urusan perniagaan. Alhamdulillah, dia tidak kedekut ilmu,” katanya kepada Wilayahku.

CHACHA ketika ditemui pada majlis pelancaran produknya, Perfect Look.

Apabila hubungan rapat mereka mula diperkatakan dan ada yang menganggap mereka sedang bercinta. Ini Jawab Chacha. 

“Apa yang boleh saya kongsikan, saya tidak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang pernah berlaku di dalam hidup sebelum ini.

“Saya mulai sedar, pada usia 24 tahun, sampai bila mahu begitu? Sampai bila saya mahu kecewakan peminat dan orang sekeliling? Jadi sudah tiba masanya untuk saya jadi lebih matang dan positif.

“Sekiranya selepas ini ada jodoh, saya mahu terus kahwin. Saya tak nak fikir bercinta, berkenalan lalu putus di tengah jalan.

“Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya sudah tidak boleh main-main lagi.

“Sudah tiba masa saya jadi individu yang ada hala tuju, masa depan dan fokus kerja,” katanya lagi.

Datuk Z yang berusia awal 30-an ini adalah Pegawai Eksekutif syarikat milik Chacha iaitu CM Secrets. 

Memandangkan Chacha mahu menghasilkan produk yang lain daripada yang lain,  maka terhasillah produk Perfect Look kerjasama mereka dengan Elysyle.

“Sebagai rakan perniagaan, kita kena kenal seseorang itu luar dan dalam untuk elakkan masalah ditipu dan sebagainya.

“Saya nak kenal dengan serius sebab perniagaan ni kalau boleh kita nak berkekalan dalam jangka masa yang panjang. Dan dia seorang yang boleh dipercayai,” katanya yang mula berubah dan fokus tentang masa depan. 

Menyentuh tentang produk,  Perfect Look mampu memberikan bentuk wajah runcing dalam masa 60 saat sahaja.

“Sebelum jual, saya dah pakai berbulan-bulan dan menunjukkan hasil. Terus saya daftarkan syarikat dan ada rezeki bersama pihak Elken untuk berkolaborasi.

“Perfect Look ni membantu untuk menegangkan kulit muka, menghilangkan dahu berlapis, kantung mata serta mencerahkan kulit yang kusam,” tambah Chacha lagi.

Terdahulu, Cacha ditemui pada majlis pelancaran Elysyle CM Secret Perfect Look dan majlis menandatangani kerjasama di antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, pada Rabu lalu. 

CM Secret Perfect Look merupakan satu produk kecantikan yang mampu menjadikan wajah lebih tegang menerusi kaedah ‘v-shaping’ bersama Cream Magic dan gabungan ‘papan activator’ yang diperbuat daripada tanduk kerbau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas