Berita

Annuar tegaskan pendirian tolak Anwar, DAP

ANNUAR menegaskan pendirian en bloc.
- Diterbit 24 September 2020 2:09 PM MYT

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri TPr Annuar Musa menegaskan pendirian peribadi beliau untuk tidak berkerjasama dengan parti DAP.

Melalui twitternya, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, beliau mempertahankan pendirian UMNO iaitu keputusan bersama (en bloc), selain tidak bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Annuar berkata demikian ketika Ketua Pembangkang itu mendakwa mendapat sokongan Ahli Parlimen UMNO untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang media khas pada Isnin.

Bagaimanapun sehingga kini tiada Ahli Parlimen UMNO yang mengatakan sokongan terbuka untuk Anwar. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas