Berita

BCG tubuh sekolah komuniti di Labuan

ALVIN (kiri) bersama pihak penyumbang daripada Executive Offshore ketika menerima replika cek bernilai RM15,000 ALVIN (kiri) bersama pihak penyumbang daripada Executive Offshore ketika
- Diterbit 15 Januari 2022 12:30 AM MYT

BORNEO Combat Gym (BCG) mewujudkan sekolah komuniti kepada golongan kanak-kanak kurang berkemampuan di Pulau Bebas Cukai bagi memberikan pendidikan secara percuma.

Pengasasnya, Alvin Choong berkata, penubuhan sekolah komuniti itu berasaskan visi ingin membantu dan memberikan pendidikan kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan.

SERAMAI 19 orang kanak-kanak kurang berkemampuan menyertai sekolah komuniti yang ditubuhkan oleh Borneo Combat Gym.

Katanya, bermula dengan tiga orang pelajar pada tahun 2019, kini sekolah itu mempunyai seramai 19 orang pelajar yang mengikuti kelas seni mempertahankan diri.

“Penubuhan sekolah komuniti di bawah BCG ini tercetus apabila terlihat ramai kanak-kanak golongan itu tidak bersekolah disebabkan tidak berkemampuan.

“Visi kami dengan penubuhan sekolah ini adalah sebagai inspirasi kepada masyarakat agar bersama-sama membantu kanak-kanak yang kurang kemampuan ini agar mereka mendapat pendidikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penyerahan sumbangan RM15,000 daripada syarikat Executive Offshore di Bangunan Times Square, pada
Sabtu lalu.

Tambahnya, dengan adanya sumbangan itu dapat digunakan bagi meneruskan aktiviti sekolah komuniti itu agar sentiasa memberikan pendidikan kepada kanak-kanak kurang kemampuan. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas