Berita

Bayaran balik PTPTN ditangguh hingga Jun

- Diterbit 19 Mac 2020 2:09 PM MYT

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa serta-merta selama tiga bulan sehingga 30 Jun 2020.

PTPTN dalam kenyataannya berkata, penangguhan yang diberikan ini dijangka memberi manfaat dan
membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam yang sepatutnya membuat
bayaran balik melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.

“PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan
semua peminjam,” kata kenyataan itu.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi
PTPTN melalui talian Careline di 03 – 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas